sakit mata datang lagi…………

November 8th, 2007 by syazfina

TENSEN!!!!

Stye on my eye... arghhhhh

more intensive n come back

November 8th, 2007 by syazfina

http://syazfina.livejournal.com/

Handphone hilang / Missing Phone

August 25th, 2007 by syazfina

Rakan-rakan yang dihormati,
Saya ingin memaklumkan bahawa telefon mudah alih saya telah hilang baru-baru ini. Sila hantarkan mesej pendek (SMS) untuk saya menyimpan semula nombor telefon anda dalam kad SIM yang baru.

Terima kasih dan salam hormat.
_________________________________________

Dear valued friends,
Please be informed that I lost my handphone recently. Kindly send me a SMS for me to save back your phone number in my new SIM card.

Thank you and best regards.

Fina

p/s: Tau.. ayat kureng tapi malas nak berfikir ala PR exec skang… udah udah le tu keje.. :P

p.p.s:

OK la… takleh jadi. Track changes mode: ON

Rakan-rakan yang dihargai,
Saya ingin memaklumkan bahawa saya kehilangan telefon mudah alih saya baru-baru ini. Sila hantarkan mesej pendek (SMS) untuk membantu saya mengemaskini nombor telefon anda dalam kad SIM saya yang baru.

Terima kasih dan salam hormat.

Dear valued friends,
I would like to inform that I lost my handphone recently. Kindly send me a short message (SMS) to assist me in updating your phone number in my new SIM card.

Thank you and best regards.

___________

Hmm.. kalo forward kat boss ni… mesti kena tukar lagi :D
Anyway…. aku tengah aim N76.. what say you? :D
N76 ke, N77 ke, E65 ke, E61i ke, N95 ke, N93i ke….
decisions, decisions….
:P

I didnt know JB can be so much fun.

August 25th, 2007 by syazfina

My last trip to JB was supposed to be a business trip, but it was a great trip overall.
Trish and I got ourselves checked in Mutiara Hotel (previously Holiday Inn) slightly after midnight, due to our flight delay. Was supposed to depart at 9.05pm, but ended up flying off KLIA at 10.45pm.

Among the first things to do was getting the internet connection in the room to be up. RM35++ for a 24-hour connection, at least we can check our emails and make sure our mailboxes’ not full :P kena denda nanti!

The breakfast was normal, the eggs were quite tasteless, and Trish said the coffee sucks. Anyway.

So we went to AEON Tebrau City from Mutiara (costed us RM15), which is roughly half and hour away - and it was fabulous!

AEON Tebrau City really catered for its ‘target’ market - it’s KLCC and One Utama combined and we’re happily splurging our hard-earned money over items on sale!
Even decided to skip Singapore and continue our shopping spree in JB itself :D
In the afternoon we went back to Mutiara, decided to book a spa session at Spa Manja at 7.30pm and went to Holiday Plaza next door. Another great place, despite the outlook, Holiday Plaza offers various nail parlours, beauty and hair salons.
Had a facial, bought some imitation stuff (should have gotten myself a manicure/pedicure) till 7.30pm.

The spa session was heavenly (the package was the one offered at Mutiara so it includes a scrub, massage, jacuzzi and steam) - we were ushered to the treatment room, and started the body scrub session - Trish decided that she wanted a Ginger Body scrub so the spa people thought i wanted that one as well - but anyway, i did not have any much preferences at that time anyway so i just agreed. It was really a HOT experience - I was practically sweating out of the heat of the ginger and cant wait to remove the thing. What a detoxifiying experience :P
Next I was asked to shower, and then to proceed to the jacuzzi pool. That was really nice, and Trish and I was soaking ourselves in the warm water pool. Next, we were whisked to the steam room - but i had enough of heat, and exited the steam room before we were supposed to. Next was the massage, it was a nice touch to end the entire session.

Trish and I were practically flying over back to the hotel :)
Wawa, Trish’s best friend, came over and brought us to have supper - cakoi rojak :P It was also really nice, brings back the memories of Kuching to me - the simple pleasures of simple food :)
So that’s basically the fun side of JB, and next time am looking forward to mi rebus tulang JB :) Jom?

Pelajaran Baru: Track Changes

August 11th, 2007 by syazfina

Ramai orang tak berapa familiar dengan function ‘Track Changes’ dalam Microsoft Word.
Tapi function inilah yang kini menjadi ‘bread and butter’, periuk nasik aku dalam kehidupan sebagai seorang Penolong Pengurus Komunikasi Korporat.

Dimana? : Tools>Track Changes (tapi kalo guna MS Word 2003 cam aku, aku siap-siap set toolbar je :P)

Fungsinya? : Untuk track changes la! Dan juga mengetahui sapa yang buat changes tu… biasanya lain orang yang tukar something dalam dokumen, lain kalernye. So… kita tau la sape yang tukar ayat-ayat ke, figures ke. And kita boleh tengok apa yang original text sebelum tukar tu sekali. Kan elok dalam editing.

I love track changes!

hahahahaha

Kenduri Kawin dan citer-citer lain.

August 11th, 2007 by syazfina

Semalam aku pegi kenduri kawin yang aku rasa cool (padahal aku neman kawan aku je)
Dorang buat kenduri kawin kat Kompleks 3K kat Subang Jaya tu, sempoi je.
Can come anytime starting 8pm - bila bila yang patut nak tutup buffet line.
Masuk je, you’re greeted by the parents of the newlyweds, pastuh carik table kosong, amik makanan kat buffet and enjoy the food (and view? hmmm) but aku rasa kenduri ni memang happy happy. Takde sesape pun stress, no protocol whatsoever. Puding dia sedapppp!
Bride and bridegroom pun cool giler. Very charming, entertaining all requests for pictures, salam-salam dengan sume orang upon leaving. And nak balik tu, parents dorang bagi lagi surah yassin dengan kek. Alhamdulillah.

Aku berdoa agar pengantin baru ni berkekalan sehingga ke akhir hayat. Walaupun aku tak kenal dorang, tapi they’re cool people, it seems, so it’s fair la kan - true best wishes from me.
Jodoh orang lain panjang kot…

Citer lain? oh ya.. before aku pegi kenduri tu, aku bekerja kat The Curve for the launch of iTalk Buddy. Most people thought Moji’s cute (okay la.. sume pun kiut), the press conference went well (methinks) and everything’s under control. Tapi dalam tu sempat jugak boss aku menyampaikan amanat, almaklumla next week bakal jadi minggu tergila tahun ini dengan events sampai beribu ribu lemon sampai mata aku pun dah berpinar-pinar nak vet thru documents. Nasib baik aku guna notebook aku dengan track changes yang ‘clean’ sket rupernye.

And then… kalo korang boring2 takde keje and nak menyaksikan drama melayu ala-ala Law & Order gitu, luangkanlah masa menyaksikan open hearings kat Dewan Mahkamah Syariah (www.jakess.gov.my - seriyes, tak tipu! tapi lawak kannnnnn hahahahaha - please read it in English-mode) kerana it’s a real circus la. Nasib baik judge tu sabar…. :D
Jom tengok Cat Show kat MATRADE?

Just another three days.

August 4th, 2007 by syazfina

Countdown started.

I love my job

August 4th, 2007 by syazfina

Sesungguhnya kini aku bahagia di pejabat, walaupun aku kerja macam orang gila terkejar-kejar deadline. Walaupun bekerja lebih dari 8 jam, lebih dari yang sepatutnya, aku tetap ada masa untuk senyum dari telinga ke telinga, bak kata omputeh la kan. Smiling from ear to ear.

Itu cerita kerja aku. Dan aku rasa, apa yang sungguh memuaskan ialah persekitaran kerja yang kondusif, pihak pengurusan yang memahami, dan juga professionalisme.

Menjadi professional bermakna kita akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan tugas kita dengan sebaik-baiknya, dan ini akan menjurus kepada kualiti kerja tanpa kompromi. Kita ada hak untuk menuntut orang lain juga untuk bertindak lebih professional, kerana kita boleh memberi justifikasi secara jujur dan telus. Semangat kerja berpasukan juga penting. Kalau pincang seorang, pincanglah semuanya kerana yang lain akan turut mengeluh keluh kesah kerana sangkut di mana-mana.

Harapnya ketua aku takkan membiarkan sesiapapun tercicir dalam pecutan ke arah kegemilangan ini.
Kesian tau.

Tapi aku BAHAGIA! Akhirnya kebijaksanaan aku tidak lagi dicabar (my intelligence is no longer being insulted).

Ceh. Asyik buat translation aje. Almaklumlah…. hahahaha

p/s: Aku nak kena beli kamus dwibahasa khas untuk teknologi maklumat. Penting!

Suka sampai termimpi-mimpi!

July 30th, 2007 by syazfina

Pernah tak… suka sangat makanan ni, sampai cam tahap nak kena pekena gak walau cemana pun?
Mesti ade kan….. contohnya mamat yang sangat boleh diagak nak makan ape setiap hari ni.

Ala, boss aku pun camtu, suka sangat makan maggi goreng. Tak pun, makan telur separuh masak.
Aku join aje… pengaruh rakan sebaya la katakan.

Ini nak cerita ni.. free advertising… customer testimonial… pr… cewah sejak bila lak ni.

Kalau korang pegi Cineleisure Damansara, pegi la Kopi Oh!
Dia punya chicken porridge best GILERRRR YUMMYYYYY YIPPIEEE YEAIIII
Semangkuk besar bubur yang enak, dilengkapi dengan ketulan ayam yang mengasyikkan penggemarnya. PUAS.

Kalo pegi The Curve, cubalah Vivo dan orderlah pizza Bed of Mushroom.
Pizza enak berintikan cendawan, dilitupi keju mozarella dan disertakan dengan ketulan keju krim enak, dan diserikan pula dengan aroma dan rasa crispy kepingan badam - kombinasi yang jarang dijumpai, namun hasilnya mengagumkan.

Kalo makan McD diwaktu pagi, pesanlah McD Big Breakfast. Sapukan jem anggur di atas roti toast, potong sedikit telur, potong sehiris kepingan sosej, dan makanlah sekali.
Nikmat pelbagai rasa - manis dari jem , buttery dari roti toast, masin dan rasa daging sosej dan kelembutan telur omelet memukau.

Kalo suka makan Japanese food, silalah ke ‘The Green Room’ di Sri Hartamas di waktu makan tengahari - pasti anda kekenyangan suka hati setelah menikmati sajian Negara Matahari Terbit ini dengan harga yang amat berpatutan dan kualiti yang sangat memuaskan.

Kalau anda berada di Puchong, tidak sah kiranya anda tidak merasa Nasi Ayam Kampung di kawasan Puchong Perdana. Walau menunya sama saban hari, tidak pernah jemu untuk menjamu selera berasaskan masakan ala kampung ini. Cubalah ayam kampung gorengnya yang tiada tandingan.

Alahai. Cakap pasal makanan ni memang tak abis!
Belum masuk Wantan Mee Soup lagi ni. Belum masuk makanan kat Sarawak lagi ni… phewwwww

Mengapalah mesti bergaduh pasal Harry Potter

July 24th, 2007 by syazfina

Aku dah ada Harry Potter ke-7!

Tu pun aku memang dah pre-order dengan Borders - almaklumlah, kita ni berkawan dengan orang kat Borders, kawan tolong kita, kita pun tolong kawan :)
OK ape aku beli dengan Borders, dapat patung Hedwig yang comeii… :) Tapi sayangnya (setakat yang aku dah baca la…) Hedwig mati… huhuhuhuhuhuu

Tapi apsal lak Hypermarket ni sibuk2 nak jual buku gak ni? Tak paham betul…
Dan yang paling tak paham is…. MENTERI yang bengong… sorry la aku memang dah lama nyampah kat Shafie Apdal ni.